Makanan

Bagaimana Membuat Roti Jala ?

Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
3 cawan susu segar/santan
1 biji telur
2 1/2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
dan sedikit pewarna kuning

 

Cara buat roti jala

Blend tepung gandum, telur, susu segar, garam, dan pewarna kuning hingga sebati.

Cuba masukkan sesenduk adunan ke dalam acuan, kalau tidak putus-putus sudah boleh anda jala di atas kuali.

Gunakan kuali non stick (kalau guna kuali biasa, mesti yang tak melekat).

Tambahkan sedikit air kalau pekat.Selepas jala di atas kuali, biarkan beberapa saat hingga masak.Kalau dah masak, tidak payah dibalik, angat dan gulung.

Itu sahaja resepi roti jala yang kekal lembut. Selalu ingat tips utamanya, pastikan sebelum anda menjala pada kuali, adunan dapat turun dari corong acuan dengan lancar, bukan menitis.

Jika menitis, bermakna adunan anda terlalu pekat. Sila tambahkan sedikit air dan kacau semula.

 

Advertisements

Categories: Makanan

Tagged as:

Leave a Reply