Makanan

Bagaimana Membuat Donut Lembut & Gebu ?

Bahan- Bahannya

1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan air suam
4 sudu besar air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
1 sudu besar gula
1 sudu besar minyak
1 sudu teh yis dan secubit garam

 

Cara buat donut gebu

Masukkan 1/2 cawan tepung gandum, marjering, gula, minyak, yis dan garam dalam bekas.
Uli semua bahan hingga menjadi doh dan tak lekat di tangan.
Tambahkan air suam sesudu dan uli lagi hingga tidak melekat di tangan.
Tambahkan lagi air suam sesudu hingga tidak melekat di tangan tapi masih lekat sedikit.Terus tambah dan uli hingga mendapat doh yang melekit (anggaran masa 30-45 minit).
Selepas menguli, tutup doh dengan cling wrap dan biarkan doh mengembang selama 35 minit.
Lepas tu, tumbuk doh untuk membuang anginnya dan uli sekali lagi.Bentuk doh menjadi beberapa bahagian bebola kecil.
Biarkan doh mengembang selama 40-60 minit di tempat sedikit panas (macam dibawah lampu).
Bila dah mengembang, panaskan minyak dalam periuk menggunakan api sederhana besar.Masa inilah baru buat lubang tengah-tengah di donut guna penutup botol.
Goreng donut hingga permukaannya sedikit kuning.Terbalikkan donut dan goreng lagi sebelah hingga kedua permukaan masak.
Angkat dan lapkan donut dengan tisu supaya sikit minyak.
Taburkan donut dengan gula kastor.

Itu sahaja resepi donut gebu dijamin lembut dalam 24 jam. Anda akan mendapatkan rasa doh yang sangat lembut dan ringan. Doh pun senang dibentuk Untuk kekal lembut, masukkan donut ke dalam bekas bertutup. Memang biasanya ada kat pasar yang jual donut ni, hanya bila teringin nak makan donut tidak payah risau nak ke pasar lagi.

 

Advertisements

Categories: Makanan

Leave a Reply