Kewangan & Perniagaan

Bagaimana Langkah – Langkah Nak Membuka Perniagaan Kedai Bundle ( Barang Lusuh ) ?

10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Pakaian Bundle
.
Hari ini saya ingin kongsikan kepada anda 10 Langkah Untuk Memulakan Bisnes Pakaian Bundle.
.
#1 – Anda perlu dapatkan dahulu kedai / lokasi di mana anda ingin buka kedai bundle tersebut. Dapatkan semua maklumat tentang kedai ini seperti kadar sewaan, deposit yang akan dikenakan, keluasan kedai dan lain-lain.
.
#2 – Daftar perniagaan anda di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia). Bawa salinan IC dan 3 nama cadangan syarikat. Tulis dalam column bidang perniagaan – Menjual Barang Serbaneka dan Runcit. Dalam 1 jam anda akan dapat lesen SSM anda. Lesen ini penting untuk sewaan kedai dan appy lesen majlis nanti.
.
#3 – Selesaikan proses sewaan kedai dengan owner. Dapatkan salinan aggrement sewaan kedai, bil cukai pintu dan cukai tanah. Dapatkan juga slip bomba warna biru untuk pemadam api. Jika tiada, anda perlu beli atau hantar servis pemadam api yg sedia ada untuk dapatkan slip biru nin. Gantung banner di hadapan kedai “ KEDAI PAKAIAN BUNDLE AKAN DIBUKA” sebagai promosi awal / tanda pemberitahuan kepada orang ramai…
.
#4 – Order barang mengikut budget anda…buat shortlist… barang apa yang diperlukan…
.
#5 – Lakukan kerja renovation (wiring, partition, cat, CCTV). Semua kerja ini mesti selesai sebelum rak di pasang. Kedai bundle anda tidak perlu nampak mewah, nanti customer takut nak masuk kerana nampak macam kedai pakaian mahal. Cukup sekadar nama tersusun & kemas. Apa yang anda perlu hanya lampu yang banyak kerana kedai perlu nampak terang. Lampu perlu dipasang semasa kedai beroperasi.
.
#6 – Pemasangan rak. Budget untuk rak mestilah tidak lebih daripada 30% nilai barang. Rak adalah kos hangus yang tidak mendatangkan duit. Lebih baik duit di habiskan pada stok barang yg boleh dijual. Jika anda perlu rak yg murah, boleh buat sendiri… Anda juga boleh mula tempah signboard waktu ini.
.
7th – Susun barang. Untuk dapat idea macam mana nak susun barang, anda boleh kunjungi kedai bundle yang sedia ada berdekatan. Selepas susun anda akan dapati ada lagi ruangan yang kosong, maka anda boleh tambah lagi stok-stok baru. Cara menyusun yang betul perlu mengambil kira faktor kemas, padat, mudah dicari, ikut jenis dan dalam lingkungan pemerhatian anda – supaya tak senang dicuri. Jika anda menggunakan pos system (barcode), proses susun barang ni akan lebih rumit kerana anda perlu key in satu persatu pada computer dan tampal barcode pada yg tiada. Ambil masa seminggu lebih untuk selesai.
.
#8 – Apply lesen majlis perbandaran. Gunakan khidmat runner jika nak mudah. Syarikat pasang sign board biasanya ada servis begini. Anda sediakan dokumen – salinan ic, gambar 4 keping, agreement sewa, bil cukai tanah, bil cukai pintu, slip bomba, salinan ssm dan duit lesen RM150++. Kos runnner dalam RM100++. Majlis akan beri anda lesen sementara 3 bulan. Anda boleh berniaga terus dan selepas 3 bulan tu anda kena renew lesen setahun RM400++. Bomba akan datang check premis anda dalam 3 bulan pertama ni..
.
#9 – Mula berniaga. Saya galakkan owner jaga sendiri kedai dalam 3 bulan pertama. Kenal customer anda dan dapatkan feedback daripada mereka tentang barang apa yang mereka perlukan. Lakukan promosi seperti banner, bunting, edar flyers ke kawasan sekitar. Jika ada budget, buat kenduri doa selamat agar customer sekitar kenal dengan anda dan kedai anda.
.
#10 – Stabilkan perniagaan anda. Jika lokasi yang anda pilih bagus, dalam 3 bulan anda dah boleh pulang modal. Jika sales tak bagus, perhebatkan lagi promosi pada 3 bulan seterusnya dan perbaiki kelemahan yang ada.

 

Advertisements