Ilmu Pengetahuan & Komunikasi

Bagaimana Ciri – Ciri Pemanduan Berhemah ?

PEMANDUAN BERHEMAH

Pemanduan yang  dapat mengelakkan dan menyelamatkan daripada berlaku kemalangan. Pemanduan oleh pemandu yang mempunyai perkara berikut:-

PENGETAHUAN    mengenai undang-undang jalan raya, Konsep  Pemanduan Berhemat dan peraturan-peraturanya.

KEMAHIRAN    yang tinggi dalam aspek pemanduan,

SIKAP    yang betul ketika memandu serta,

MENGAMALKAN    formula mencegah kemalangan dalam menghadapi pelbagai halangan semasa di jalan raya bagi menyelamatkan nyawa, harta dan masa pengguna jalan raya.

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN

 

KENALPASTI   Apa-apa benda/perkara yang boleh menyebabkan seseorang terlibat dalam kemalangan

ANALISA   Bagaimana benda-benda tersebut boleh memberi kesan kepada anda semasa memandu.

 

KEPUTUSAN   Apakah keputusan terbaik dan paling selamat anda buat semasa memandu

 

BERTINDAK   Semua perkara di atas tidak cukup untuk digunakan jika keupayaan anda sebagai pemandu tidak boleh mengendalikan kenderaan anda selamat dari bahaya. Anda haruslah bertindak dengan cepat bagi mengelakkan bahaya tersebut, jangan ambil sikap tunggu dan lihat sahaja.
MERANCANG PERJALANAN

Kemalangan boleh di elakkan jika setiap perjalanan dirancang dengan betul dari segi;

MASA   Masa pergerakan/perjalanan yang sesuai.

KESIHATAN   Mental dan fizikal pemandu dalam keadaan sihat.

KENDERAAN   Kenderaan telah diselenggaran dan berkeadaan baik dan selamat.

TEMPAT REHAT   Menetapkan tempat berhenti rehat untuk mengembalikan kesegaran dan membuat pemeriksaan kenderaan.

KEPERLUAN   Memastikan segala keperluan/barangan yang hendak dibawa tidak tertinggal.

KEDUDUKAN BAGAIMANA KEMALANGAN BOLEH BERLAKU

1.   PELANGGARAN DENGAN KENDERAAN DI HADAPAN
Faktor penyebab:
a.   Gagal mengamalkan Peraturan Jarak.
b.   Tidak melihat isyarat kenderaan di hadapan.

2.   PELANGGARAN DENGAN KENDERAAN DI BELAKANG
Faktor penyebab:
a.   Tidak melihat cermin pandang belakang.
b.   Tidak mengamalkan peraturan jarak, jika kenderaan di belakang mengekori terlampau rapat.
c.   Gagal memberi isyarat  dalam masa yang mencukupi

3.   PELANGGARAN KETIKA MEMOTONG
Faktor penyebab:
a.   Tidak bijak membuat keputusan/keyakinan untuk memotong.
b.   Tidak mengamalkan peraturan memotong.
c.   Gagal melihat ke hadapan pada jarak 100 meter/peraturan 12 saat.
d.   Gagal memeriksa kawasan Blind Spot dengan menoleh ke kanan.

4.   PELANGGARAN KETIKA DIPOTONG.
Faktor penyebab:
a.   Gagal mematuhi peraturan penggunaan lorong.
b.   Tidak melihat cermin pandang belakang.
c.   Pemandu tidak beri kerjasama.

5.  PELANGGARAN DARIPADA SEBELAH TEPI/DI PERSIMPANGAN.
Faktor penyebab:
a.   Tidak merancang perjalanan
b.   Gagal beri isyarat.
c.   Tidak mengamalkan peraturan di persimpangan

6.   PELANGGARAN DENGAN KENDERAAN DARI ARAH HADAPAN.
Faktor penyebab:
a.   Gagal melihat ke hadapan pada jarak 100 meter/peraturan 12.
b.   Tidak mengamalkan peraturan mengelak kemalangan dari arah hadapan.
c.   Sikap pemandu tidak bertimbang rasa.

KEADAAN-KEADAAN YANG MENYEBABKAN KEMALANGAN

1.    PEMANDU
a.   Merupakan faktor utama dan terpenting sekali.
b.   Keadaan fizikal – letih, mengantuk, marah, bimbang dan cemas.
c.   Keadaan mental – fikiran dan emosi tertekan.
d.   Kesihatan- mengguna ubat yang tidak mendapat kelulusan doktor.
e.   Sikap – minum minuman keras atau dibawah pengaruh dadah.
f.   Tidak patuh tanda isyarat, tidak sabar dan bertimbangrasa, panas baran dan sebagainya.
g.   Tidak pandai menyesuaikan dengan keadaan cuaca atau jalan.
h.   Tidak patuh peraturan lalulintas.

2.     JALAN
a.   Perlu memahami fungsi jalan raya.
b.   Pastikan kelajuan kenderaan mengikut keadaan jalan seperti jalan rosak, licin, dalam
pembinaan.
c.   Kurangkan kelajuan semasa hujan kerana air bertakung ‘Hydro planning’ .

3.  KENDERAAN
a.   Sesuaikan diri dengan kenderaan sebelum memandu.
b.   Uji keadaan brek, lampu brek, lampu, lampu isyarat dan hon sentiasa berfungsi.
c.   Tayar  .
c.   Pengelap cermin.

d.   Talipinggang keledar dan sebagainya.

4. CUACA
a.   Hujan lebat
b.   Kabus tebal.
c.   Hujan lebat diikuti angin kencang.

5.  CAHAYA
a.   Memandu dengan menghadap cahaya matahari.
b.   Silauan embun pagi.
c.   Cahaya lampu kenderaan hadapan.
d.   Cahaya lampu tepi jalan.
e.   Spot light
f.   Akibat silauan, mata pulih dalam masa 7 saat. Jika memandu kelajuan 70 km/j, jarak motokar
bergerak sejauh 140 meter.

6.    LALULINTAS
a.   Kenal pasti waktu kesesakan lalulintas;
b.   Pagi            –    ( 7.00 pagi – 8.00 pagi)
c.   Tengahari  –    (12.00 tengahari – 1.00 tengahari)
d.   Petang       –    ( 4.00 petang – 5.00 petang)
e.   Tempat yang biasa sibuk -Kawasan kilang, pusat membeli belah, sekolah dan lain-lain.

HALANGAN SEMASA PEMANDUAN

1.   Bentuk fizikal: Persimpangan jalan, bulatan, selekoh, bukit tinggi dan lain-lain.

2.   Kedudukan dan pergerakan lain-lain pengguna jalan raya.
3.   Permukaan jalan dan keadaan cuaca.

PELAN TINDAKAN HALANGAN

1.   MENGENALPASTI ( Define) –   Potensi halangan

2.   MENGANALISA (Analyse)  –    Kemungkinan boleh memberi kesan kepada keselamatan pemandu

3.   KEPUTUSAN (Decide) – Beri pertimbangan dan buat keputusan apakah tindakan yang terbaik yang perlu diambil

4.   BERTINDAK (Act) –    Bertindak dengan selamat dengan menggunakan sistem kawalan kenderaan yang baik.

SISTEM KAWALAN KENDERAAN

1.   CERMIN –  Sentiasa melihat cermin pandang belakang dan tepi untuk melihat kedudukan kenderaan lain, mungkin ada kereta yang mengekori terlalu hampir.

2.   ISYARAT – Tunjukkan perhatian lebih awal dan perhatikan reaksi lain-lain pengguna jalan raya.

3.   BREK –     Membrek mengikut keperluan keadaan dan elakkan membrek dengan tiba-tiba/mengejut.

4.   GEAR –     Pilih serta gunakan gear yang sesuai dengan kelajuan kenderaan.

5.   KELAJUAN – Melajukan /perlahankan kenderaan bergantung kepada jenis bahaya.

 

Advertisements

Leave a Reply