Kewangan & Perniagaan

Apakah itu Pelaburan Saham ?

Pelaburan saham merujuk kepada pembelian saham syarikat-syarikat yang tersenarai (listed securities) di Bursa Malaysia.

Syarikat-syarikat yang tersenarai merupakan syarikat yang berstatus awam sahaja seperti syarikat Tenaga Nasional BERHAD.

Manakala syarikat SENDIRIAN BERHAD, saham mereka tidak dijual beli melalui Bursa Malaysia.

Sehingga Jun 2016, ada 905 syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. 669 dari 905 syarikat itu berstatus patuh Shariah.

Individu yang mahu melabur saham perlu ada share trading account & Central Depository System (CDS) account. Akaun ini dapat dibuka melalui mana-mana syarikat broker yang berlesen.

Apabila sudah selesai proses pembukaan akaun, tuan perlu masukkan  memasukkan modal dalam akaun seperti yang dimaklumkan oleh syarikat broker. Selepas itu tuan sudah dapat memulakan proses jual beli saham di Bursa Malaysia.

Hari ini, proses jual beli dapat dibuat melalui online trading platform yang disediakan oleh syarikat broker masing-masing.

Modal Beli Saham

Modal yang diperlukan untuk mula membeli saham adalah bergantung kepada harga satu unit saham yang mahu dibeli. Bursa Malaysia menetapkan jumlah minimum pembelian saham ialah 100 unit yang bersamaan dengan 1 lot.

Jadi, sekiranya harga saham itu berharga RM 0.50 maka pembelian 1 lot saham kiraannya adalah seperti berikut:

RM 0.50 x 100 unit = RM 50

Manakala untuk saham berharga RM 5, maka pembelian 1 lot saham kiraannya ialah:

RM 5 x 100 unit = RM 500

Kiraan ini tidak termasuk kos brokerage, stamp duty, clearing fee dan GST yang perlu dibayar semasa membuat pembelian saham. Kos-kos ini tuan wajar rujuk kepada syarikat broker masing-masing.

Lebih 70% saham yang diniagakan di Bursa Saham berstatus patuh Shariah. Justeru, pelabur Muslim tidak perlu khuatir tentang hukum pelaburan saham kerana perkara ini telah pun diselia oleh Majlis Penasihat Shariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pastikan tuan membuka Islamic share trading account untuk mengelakkan terbeli saham yang berstatus tidak patuh Shariah.

Keuntungan Saham

Pelabur saham berpeluang untuk mendapat keuntungan saham sekurang-kurangnya melalui dua cara berikut:

Untung capital gain atau Untung dividen

Untung capital gain merujuk kepada perbezaan harga, atau dalam erti kata lain keuntungan buy low sell high.

Untung dividen pula merujuk kepada pembahagian sebahagian keuntungan syarikat kepada para pemegang saham. Dividen diagihkan berdasarkan prestasi operasi syarikat dan bukannya turun naik harga saham.

Risiko Pelaburan Saham

Semua jenis pelaburan ada risiko rugi. Pelaburan saham juga tidak terkecuali.

Risiko dalam pelaburan saham ini dapat dinilai melalui 3 kaedah yang diguna pakai oleh mana-mana individu yang terlibat. 3 kaedah tersebut ialah bergantung sama ada individu itu merupakan:

GamblerTraderInvestor

Gambler saham adalah individu yang paling senang buat rugi besar dalam pelaburan saham. Ini kerana gambler saham tidak mempunyai apa-apa ilmu pelaburan yang betul.

Keuntungan pelaburan saham sangat berkait rapat dengan kemahiran. High skill, high return. Low skill, low return.

Justeru, seorang trader saham mempunyai skill set yang berbeza dengan seorang pelabur saham. Sila rujuk nota berikut untuk memahami kemahiran seorang pelabur saham

— Apa Yang Tuan Perlu Tahu Tentang Urus Pelaburan Saham Sendiri ?

Pelaburan Saham Berbeza Dengan Tabung Haji, ASB dan KWSP

Harga saham berubah-ubah.

Jadi apabila terlibat dalam pelaburan saham, tuan perlu bersedia melihat turun naik harga saham dalam tempoh yang pendek.

Sekiranya tuan hanya mahu mendapat keuntungan tetap seperti Tabung Haji dan ASB dan tuan merupakan seorang penakut i.e. tidak berani tengok turun naik harga saham sampai 50%, maka jangan sesekali terlibat dalam pelaburan saham.

Sumber : www.pakdi.net

 

Advertisements

Categories: Kewangan & Perniagaan

Tagged as: